Saturday, December 12, 2009

#KhUtBah NABI MeNgeNai DAJJAL #


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal." Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. "Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya. "Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf. "Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. "Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu." "Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga." Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur." Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai." Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi." Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat." Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu." Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat." Wa'allahualam….Hanya Allah dan Rasulnya yang mengetahui….Amiinn

#BaGaiMANa MaHu iKhLAS????? #


“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba- Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (QS, Shaad 38 : 82-83) “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.” (QS Al-Hijr, 15 : 39-40) Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T, kita berserah apa sahaja kepada Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T. *** Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan. Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya. Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang. Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya. Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain. Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita? Pastinya ikhlas KERANA ALLAH S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya. Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan? *** Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran. Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas? Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara. Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya. Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T. tetapkan sebagai seorang suami. Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah S.W.T. Ini adalah ketetapan yang Allah S.W.T. tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya. Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya. Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah S.W.T. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah S.W.T. ikhlas kerana Allah S.W.T. Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah S.W.T. Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T.tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah S.W.T. Saya perlu mengikut kehendak Allah S.W.T.,kerana saya wakilNya. Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. INILAH IKHLAS. Orang yang dekat dengan Allah S.W.T. memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah S.W.T. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah S.W.T. *** Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah S.W.T. iaitu khalifah di muka bumi ini. Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan Sunnah. Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah S.W.T. Kita di minta oleh Allah S.W.T mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W Rasul Allah S.W.T. setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah S.W.T. Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah S.W.T. dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah S.W.T. dan kita wakil Allah S.W.T. hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah S.W.T. yang memiliki ilmu tersebut. *** Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

#ErTi MaRuAh#

Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yg lama dlm hidup. Org yg menjaga maruahnya adalah org yg berada di landasan yg betul dan sering melakukan perkara yg betul dan baik.

M : Maruah letaknya di muka. Krn itu org akan menutup muka apabila malu.

A : Aura yg baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R : Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak org.

U : Ungkapan org terhadap kita mengambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yg mengotakan kata2. Mereka yg suka bermain dgn kata2 dan tidak mengotakannya, jatuh dlm golongan org yg tidak bermaruah krn tidak membuat org percaya kpd kata2nya sendiri. Maka jgn sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata2 tanpa usul periksa.

A : Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan org terhadap kita tidak serong.

H : Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua lambang nilai maruah individu. Jgn sesekali meletak nilai pd harga diri anda.


CINTA IBARATKAN KUPU2 YANG BERTERBANGAN, BUKAN MUDAH TUK MEMILIKI CINTA SEJATI, HANYA KETAQWAAN KEPADA_NYA, MAKA CINTA ITU ADALAH YANG TERINDAH

#PeRuNtUh MaSjiD MeMeLuk ISLAM#


BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya , India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu. Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India. Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu. Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh. Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya. Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain. Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang. Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut. Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu. Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama. Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu. Kuasa Allah Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa. Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi. Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri. Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar. Mungkin dengan keluar dari India , Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE). Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu. Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas. Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini. Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut. Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan. Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India , kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam. Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat. Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu. Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri. "Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah. "Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.

#RaSa MaLu#




Sungguh beruntung orang-orang yang memiliki rasa malu. Islam telah memberikan tempat yang mulia bagi perasaan malu. Semaklah beberapa hadis berikut: Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahwa Rasulullah S. A.W. lewat pada seorang Anshar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. (Ia berkata, “Sesungguhnya engkau selalu merasa malu”, seakan-akan ia berkata, “Sesungguhnya malu itu membahayakanmu.”) Lalu, Rasulullah S.A.W.. bersabda, “Biarkan dia, karena malu itu sebagian dari iman.” (Shahih Bukhari) Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Nabi S.A.W. bersabda, “Iman itu ada enam puluh lebih cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman.” (Shahih Bukhari) *Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya dengan lafal Sab’uuna ‘tujuh puluh’, dan inilah yang kuat menurut pendapat saya, mengikuti pendapat Al-Qadhi Iyadh dan lainnya, sebagaimana telah saya jelaskan dalam Silsilatul Ahaditsish Shahihah (Muhammad Nashiruddin Al-Albani, -red) Luar biasa kan, bahwasanya rasa malu itu bahkan di masukkan ke dalam salah satu bahagian dari keimanan. Dan yang lebih luar biasa lagi adalah bahwasanya Rasulullah saw, teladan terbaik umat manusia, juga memberikan keteladanan dalam urusan rasa malu. Nabi S.A.W. lebih malu daripada seorang gadis dalam pingitannya. (HR Bukhari) Hmmm.., lalu apakah rasa rasa malu yang kita miliki dapat membuatkan kita memberanikan diri, dari tampil di muka umum, dari memberikan koreksi terhadap orang lain, atau dari kebaikan-kebaikan yang harus dilakukan dengan kepercayaan diri (PD), dan terkadang kita masih belum terlalu PD atau masih suka sering salah, seperti misalnya, berbicara di forum formal, forum massa, atau aktiviti kemasyarakatan? Sesungguhnya bukan itu rasa malu yang sedang kita bicarakan. Rasa malu yang sedang kita bicarakan adalah perasaan malu untuk berbuat kemaksiatan, perasaan malu terhadap Allah, dan perasaan malu kalau tidak berbuat kebaikan. Nah, itulah rasa malu yang sebenarnya. Kalau dalam konteks rasa malu untuk tampil di depan umum, belum percaya diri, grogi, takut salah, dll, maka mungkin itu lebih tepat digolongkan ke dalam rasa minda. Kerana sesungguhnya rasa malu itu ada tempanyat, dan rasa malu yang baik itu pasti kan membawa kebaikan bagi pemiliknya. Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi S.A.W.. pernah bersabda: Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan. (Shahih Muslim) Jadi, jangan pernah malu jika mahu berkembang, belajar, ataupun bertanya, meskipun untuk hal-hal yang terdengar sepertinya “remeh” jika harus diungkapkan di forum umum. Semak kesaksian bonda kaum muslimin ketika berbicara mengenai keutamaan wanita-wanita Ansar, yang menyatakan bahwa (kurang lebih), sebaik-baiknya wanita adalah wanita Ansar, rasa malu yang mereka miliki tidak menghalangi mereka dari memperdalam urusan agama. Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Seorang wanita bertanya kepada Nabi SA.W.. tentang cara wanita mandi wajib dari haid? Hadis berkata: Kemudian Aisyah menjelaskan bahwa beliau mengajarkannya cara mandi. (Di antara sabda beliau): Engkau ambil kapas yang diberi misik, lalu bersihkan dengan kapas itu. Wanita itu berkata: Bagaimana cara membersihkannya? Beliau bersabda: Maha suci Allah! Bersihkan saja dengan kapas itu. Dan beliau bersembunyi. (Sufyan bin Uyainah memberi isyarat tangan kepada kami pada wajahnya). Hadis melanjutkan: Aisyah berkata: Aku tarik wanita itu mendekati aku. Aku tahu apa yang diinginkan Nabi saw, lalu aku berkata kepadanya: Bersihkan bekas darah haidmu dengan kapas itu. (Shahih Muslim) Semak pula pertanyaan seorang muslimah yang sedang bertanya mengenai hal (sangat mungkin) berasal dari pengalaman pribadinya. Hadis riwayat Ummu Salamah r.a., ia berkata: Ummu Sulaim datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi jika bermimpi? Rasulullah saw. bersabda: Ya, apabila ia melihat air (mani). Ummu Sulaim berkata lagi: Wahai Rasulullah, apakah wanita juga bermimpi? Beliau bersabda: Beruntunglah engkau. (Kalau tidak demikian), dari mana anaknya mirip dengannya. (Shahih Muslim) Imam Ali r.a pun memiliki rasa malu, namun rasa malunya tidak menghalanginya dari mencari kejelasan dalam urusan agamanya, lihatlah bagaimana ia dengan cermat mengambil keadah untuk mengatasi rasa malunya. Hadis riwayat Ali r.a., ia berkata: Aku adalah lelaki yang sering keluar mazi dan aku malu bertanya kepada Nabi S.A.W., kerana kedudukan putri beliau. Lalu aku menyuruh Miqdad bin Aswad. Miqdad lalu menanyakan hal itu kepada beliau. Beliau bersabda: Hendaknya ia membasuh kemaluannya lalu berwudhu. (Shahih Muslim) Jadi, intinya, milikilah rasa malu, karena rasa malu itu memiliki keutamaan yang tinggi dalam Islam, sehingga akhirnya rasa malu itu bisa menghalangi kita dari berbuat dosa maupun kemaksiatan. Namun, tempatkan rasa malu itu pada koridornya yang benar, untuk beberapa hal, menjadi seorang yang pemalu itu tidak tepat, contohnya ketika ingin menuntut ilmu, ataupun ketika kita akan berbuat kebaikan, kerana sesungguhnya rasa malu itu membawa kebaikan.

#TiTiSaN AiR MaTa#


Rasullulah bersabda, “Tiada suatu yang lebih kusukai dari dua tetesan, yaitu titisan darah yang tumpahan darah karena jihad fisabilillah dan titisan air mata yang mengalir karena rasa takut dan rindu kepada Allah” (HR Turmudzi). Dalam riwayat lain, “Tiada setetes yang lebih disukai Allah ‘Azza wajla daripada setitis darah di jalan Alla”. (HR Aththahawi). Betapa mahalnya titisan air mata yang mengalir itu karena ibadah, titisan air mata itu menjadi benda berharga. Di tengah-tengah kehidupan yang serba mekanis dan teoritis, fatwa-fatwa pun sudah tidak terdengar bijak dan nyaman untuk didengar kita. Fatwa itu tidak menyentuh lagi, karena banyak yang diobral dan menggombal, bahkan diintrik-intrik oleh muatan politik. Hampir saja kita kehilangan potensi diri. Di tengah-tengah kehidupan itu, pernahkah kita, barang sekali, menjerit, menumpahkan air mata ketika kita bangun di tengah malam, mengadukan hidup yang penuh dengan nista dan dosa ini kepada Dia yang Maha Rahmat? Ibarat tanah yang gersang, padang yang kering semua, tetumbuhan yang layu, maka datanglah rintik hujan jatuh dari langit, begitulah air mata penyesalan, air mata kerinduan, air mata manusia yang tawadhu’ dan para penaka yang bertaubat, bagaikan menghapus ‘kegersangan’ jiwa yang nista tadi. Jiwa yang layu menjadi tegak dan tumbuh kembali optimisme, kegelisahan qalbu yang gersang dengan bergagai nista, kini pupus, bagaikan debu-debu yang hanyut terbawa arus. Rasullulah S.A.W.. kekasih Allah, merengguk menumpahkan air mata, karena penuh harap untuk jumpa denga-Nya? Sayyidina Abu Bakar ash-Shidiq ra. senantisa menangis ketika menegakkan shalat? Mereka adalah manusia pilihan Allah. Mereka adalah orang-orang yang punya derajat tinggi di depan Allah.Dalam Suatu hadis seusai shalat (fardu) Rasullullah S.A.W.. beristighfar kepada Allah tiga kali, “Ya Allah Engkau Maha Pemberi ketentraman dan perdamaian. Dari Engkaulah datangnya ketentraman dan perdamaian, wahai Rabb yang Maha Memiliki keagungan dan kemulyaan.” (H.R.Muslim) . Bagaimana dengan kita? Pernahkah kita seperti manusia pilihan Allah itu? Tatkala kita lahir, kita menangis dan orang-orang di sekeliling kita tertawa terbahak-bahak bahagia karena menyambut kedatangan kita, maka ketika kita mati nanti, jadikanlah kita tertawa bahagia karena akan jumpa dengan Allah Sang Maha Kekasih, walaupun orang-orang yang kita tinggalkan menangis pilu karena kehilangan anggota keluarga yang mereka cintai. Sesungguhnya, menangis di dunia itu lebih baik bagi kita ketimbang kita menangis di akhirat nanti. Sebab itu, sudah sepantasnyalah setiap kita waspadai diri, agar kita terhindar dari kegersangan jiwa yang nista, agar kita terhindar dari tipe manusia yang tidak tahu bertaubat. Padahal Rasulullah bersaba, “Tidak akan masuk ke dalam neraka seorang yang menangis karena takut kepada Allah” (HR.Tirmidzi dan Abu Hurairah ra). Kita mengarungi samudra dunia, bukan untuk tenggelam terpikat oleh ilusi fatamorgana. Kayuhlah biduk kehidupan kita, dan seberangi samudra dunia untuk mencapai tujuan abadi surgawi. Kerahkan seluruh potensi untuk tetap survive dalam perjuangan menembus badai samudra, sesekali kita boleh menyelam, tetapi ingatlah! Tujuan kita bukan untuk mati tenggelam, tetapi tujuan kita yang hakiki adalah mencapai pantai kebahagiaan sebagai ultimate goal dari segala makna yang kita berikan untuk kehidupan. Kita tengok wajah kita setiap hari di muka cermin, bersolek dan hiasi tubuh kita, tetapi jangan lupa menengok pigura ruhani kita. Hiasi dan percantik qalbu itu, adakah hari ini iman kita lebih baik dari hari kemarin? Adakah prestasi amal kita lebih baik menyongsong hari-hari yang semakin singkat dan pendek. Lahir, hidup, mati, kemudian dilupakan orang! Tergolek abadi menanti pengadilan akhir dari kehidupan yang panjang. Ya Allah apa yang telah diperbuat oleh hamba selama ini? Jawabannya ada dalam dada masing-masing. Apakah hamba hanya mengumpukan dosa dan menanti kematian? Jawabannya, entahlah, hati kita yang menjawab dengan lancar walaupun lidah terdiam malu. Anas ra. berkata, “Pada suatu hari, Rasullulah Saw. berkhutbah, belum pernah saya mendengar khutbah seperti ini, lalu beliau bersabda, ‘Andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu akan sedikit tertawa dan lebih banyak menangis.’ Mendengar ucapan Rasullullah ini, seluruh sahabat menutup mukanya masing masing sambil menangis tersedu-sedu” (HR.Bukhari- Muslim). Alah berfirman dalam QS an-Najm ayat 59-60, “Apakah setelah mendengar keterangan ini, engkau merasa heran lalu tertawa dan tidak menangis?” Selanjutnya dalam QS al-Isra: 109, Allah berfirman, “Dan sujudlah/tersungkur lah mereka sambil menangis, dan mereka bertambah khusuk.” Oleh sebab itu, menangislah sebelum datang hari dimana engkau akan ditangisi.

#10 LaGi CiRi WaNiTa PiLiHaN#


Assalamu'alaikum
"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Seramai-ramai wanita di muka bumi ini, ada antaranya menjadi orang terulung dan terunggul, dan ada juga yang berada dalam kedudukan yang rendah dan hina. Apabila ditanya pada diri kita, bagaimanakah cara atau panduan untuk kita menjadi WANITA PILIHAN DI MATA ALLAH?
1. MENUTUP AURAT
Wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang berlebihan seperti memakai hiasan terlalu mahal, biarlah dengan cara bersederhana tetapi cantik, bersih dan kemas.

2. MENJAGA AKHLAK
Wanita berakhlak serta bertaqwa selalunya tampil menawan. Ini kerana keikhlasan yang lahir dari hatinya terpancar di wajahnya. Segala yang dilakukan oleh dirinya hanyalah disandarkan kepada Allah SWT. Dengan keyakinan terhadap Allah adalah segala-galanya, insya-Allah, hidupnya akan menjadi lebih mudah.

3. CARA BERCAKAP
Dalam pergaulan harian, wanita hendaklah bercakap ringkas dan tegas kepada lelaki bukan Muhrim. Percakapan yang lemah-lembut dan pandangan mata yang mengasyikkan boleh membangkit perasaan istimewa kepada orang lelaki. Memang benar suara yang lunak itu menyebabkan hati lelaki menjadi cair. Oleh itu, berhati-hati ketika bertutur.

4. TAAT
Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada Allah SWT. Ketaatan itu adalah mahkota bagi orang Islam. Ini kerana terdapat banyak cabaran dan dugaan di luar sana. Dengan ketaatan yang jujur dan ikhlas kepada-Nya, ia dapat mendorong manusia berjalan di jalan yang benar tanpa mudah dihasut oleh syaitan.

5. SUKA MENDENGAR
Kebanyakan wanita suka mendengar dan bercerita berbanding dengan orang lelaki. Sifat-sifat ini memang perlu untuk meringankan masalah orang lain terutamanya pasangannya. Isteri yang baik akan mendengar masalah suami dengan sabar dan tenang. Ia akan mengurangkan tekanan suami itu terhadap masalahnya. Sekiranya si isteri ingin menasihati suami, gunakan pendekatan secara diplomasi. Ini kerana si suami mempunyai sikap ego yang tinggi. Wanita yang terlalu banyak membebel akan membuatkan suami mudah berasa bosan, kemungkinan besar suami tidak ambil pusing dengan apa-apa yang dibebelkan oleh isterinya.

6. JAGA PANDANGAN MATA
Pandangan mata itu umpama panah yang beracun. Jika tersilap pandang, ia boleh meracuni jiwa yang melihat. Wanita solehah hendaklah menjaga pandangan mata mereka terutama ketika bercakap. Sekiranya kita bercakap dengan orang yang bukan muhrim elakkan dari memandang terus ke dalam anak matanya. Jika tidak mahu orang itu berasa hati, cakaplah sambil memandang kearah bahagian telinganya.

7. JAGA KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN
Kebersihan itu separuh daripada iman. Bersih melambangkan nilai-nilai Islam yang perlu diambil berat. Untuk mencipta suasana selesa, aman dan damai, pastikan rumah yang didiami itu sentiasa bersih dan kemas.

8. HADIRKAN BAU YANG SEDAP ATAU WANGI
Bagi wanita Muslimah, elakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Tetapi ini tidak bermakna dia perlu menggunakan minyak wangi yang berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar hilang bau yang tidak sepatutnya.

9. WANITA PUNYA HAK
Seseorang lelaki tidak berhak mengahwini seorang wanita jika empunya diri tidak suka. Begitu juga lelaki yang berkahwin tidak boleh mengambil harta milik isterinya dengan sewenang-wenangnya. Tetapi lelaki mempunyai kuasa dalam membuat keputusan berkaitan rumah tangganya kerana dia sebagai pencari nafkah. Bagaimanapun, seorang suami yang baik akan selalu berbincang dengan isterinya sebelum membuat keputusan.

10. PEGANGAN KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Muslimah pilihan adalah wanita yang menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya. Segala persoalan dan permasalahan di dunia sudah ada jawapan dalam al-Quran dan Hadis. Oleh itu, orang yang selalu bersandarkan kedua-duanya tidak akan sesat.

Dengan kesepuluh-sepuluh cirri ini, insya-Allah kita sebagai wanita akan tetap menjadi WANITA PILIHAN-NYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...