Thursday, June 3, 2010

#KaSihMu TaK MampU UnTukKu BaLaS#



Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

(Ahad minggu kedua dalam bulan Mei merupakan hari ibu )
-bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines,

Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe)

Tepat 12.00mlm waktu Malaysia dan 5.00ptg waktu Mesir,satu khidmat pesanan ringkas dihantar buat insan ISTIMEWA ini...Begitu pantas tanganku menaip setiap butir butang telefon bimbitku.Niat di hati nak jadi orang pertama mendahului ucapan tersebut sebelum along,angah,dan acik.heheh akhirnya aku MENANG!!!!!yuhuuuu
SELAMAT HARI IBU MAMA!!!!!



Hari ibu bukan hanya diraikan pada hari tertentu sahaja.Namun,hari-hari yang kita lalui jua adalah hari ibu.Hari ini juga merupakan hari ibu.Lucu rasanya bila teringat hadiah pertama yang pernah aku bagi kat mama.Time tu aku sekolah rendah.Aku bagi tudung dan baju kat mama.Warna biru kalau tak silap.Setelah sekian lama mengumpul duit.P beli ngan DAYAH waktu tu.Mekasih Dayah coz temankan kami( ^_^)

Gembiranya hati seorang ibu,apabila dirasakan dirinya begitu dihargai.Bukan harta atau kemewahan yang diharapkan.Cukuplah sekadar memperingati hari yang paling istimewa itu,sudah membuatkan hatinya riang.Di sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari.Tersayat hati ini,bila membaca Harian Metro hari ini yang berlaku di Kuala Lumpur.Remaja makin hilang cinta pada ibu bapa.Luputnya cinta kepada orang tua mendorong anak gadis melakukan perbuatan terkutuk termasuk mencuri barang kemas ibunya dan lari ikut kekasih hati yang dipuja-puja.Kononnya bukti cinta sejati.
Kasih sejati hanyalah milik Allah.Namun kasihkan ibu dan ayah juga merupakan sebuah cinta yang dituntut kepada kita selaku seorang anak.Cuba kita bayangkan,berbaloikan kasih sayang yang kita berikan kepada mereka selama 9 bulan mereka mengandungkan kita.Tidak cukup dengan itu,kita dilahirkan.Semalaman ibu bersengkang mata melayan kerenah kita yang asyik menangis.Bengkak mata menahan tidur.Bila kita dah pandai meniarap,merangkak,dan berjalan...ibu sediakan segala keperluan buat kita.Sakit dan demam kita,ibu sentiasa di sisi untuk memujuk agar kita bersabar...dan akhirnya di pangkuan ibu kita terlena.Hilang segala kesakitan tika itu.Setengah-setengah ibu.ada yang sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan satu lagi nyawa."Biarlah aku terkorban,asalkan anak aku dapat diselamatkan"monolog seorang ibu.Tingginya pengorbanan ibu,xterjangkau untuk kita capai dan gapai.
Hari ini,lebih mendukacitakan kita,apabila ada anak-anak yang sanggup membunuh,merompak,dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibu sendiri.Sepak terajang sudah menjadi kebiasaan....maki-hamun pula bagaikan serasi dengan mulut.Asal silap sikit,bermacam tohmahan dihamburkan.Menitis air mata seorang ibu."Salahkah cara aku mendidiknya selama ini??"sendu si ibu.Diri sendiri akhirnya dipersalahkan sedangkan anak derhaka itu sedikit pun tidak merasakan azab yang bakal menantinya.Si dongeng Tanggang hanya dilihat sebagai kisah semata.Pengajaran yang terdapat dalam kisah tersebut,hanya mampu dipandang enteng.Beginikah kasih sayang yang kita tunjukkan bukti seorang anak yang menghargai insan yang bertarung nyawa untuknya???
Dari sudut pandangan yang lain pula,kadang-kadang berjuta alasan diberikan apabila pertolongan diharapkan dari kita.Kawan lebih penting bagi kita sedangkan ibu,begitu licik kita mencipta alasan.Allah menegaskan dalam AL- QURAN bahawa ketaatan terhadap ibu bapa merupakan satu tugas yang wajib ke atas seorang anak selagi ianya tidak bercanggah dengan syara'.
Firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa.” (Surah al-Ahqaaf, ayat 15)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya.” (Surah an-Nisa, ayat 36)


Mahukah kita lihat di akhir hayat ibu kita,beliau terseksa dan menyesal dengan sikap kita yang begitu lalai dengan kemewahan dunia yang sekadar sementara??Akhirnya,jadilah kita anak yang derhaka lantaran tiada kemaafan yang sempat dipohon selama hayatnya.NAUZUBILLAH....Semoga kita bukanlah tergolong dalam golongan yang tersisih dari keampunan seorang ibu.
Pernah suatu ketika ketika aku di tingkatan lima,kejadian menyayat hati yang berlaku depan mataku.ALHAMDULILLAH aku diberi peluang oleh ALLAH untuk menyaksikan keadaan seorang anak yang sentiasa menyangkal setiap kata-kata ibunya.Balik rumah jarang sekali.Pakaian ala-ala UP TO DATE gitu.Di akhir hayat ibunya,dia tiada di sisi.MASYAALLAH ketika dihubungi,dia pulang dalam keadaan pakaian yang menyedihkan.Meratap-ratap jasad ibunya yang sudah kaku meminta maaf dan minta dihidupkan semula.Bagi meredakan keadaan,si anak tadi di bawa masuk ke dalam bilik untuk ditenangkan.Bukan niat ingin membuka aib sesiapa.Tapi cukuplah sekadar renungan buat kita semua.Ku doakan agar dia diberi keampunan dan petunjuk dari ALLAH.AMIN........
Bagi si teruna dan dara pula,hangatnya bahang cinta membuatkan mereka bagai Romeo&juliet, Laila&Majnun, Shah Jahan&Mumtaz Mahal."Kaulah segala-galanya.Seluruh jiwa dan raga ku serahkan buatmu".Bicara si dara meyakinkan si teruna.Maka lahirlah anak hasil zina yang tidak berdosa setelah hanyut bermadah maksiat.Sudahlah dilahirkan dalam keadaan yang tidak diraikan,malah bayi tersebut dibuang bagaikan sampah.ASTAGHFIRULLAH
HAL'AZIM......Sedarkah kita semua,bahawa cinta pinjaman itu bukanlah pasti natijahnya.Raihlah cinta dan kasih ibu dan ayah sebelum kita sibuk dengan kerjaya,tambahan lagi jika kita sudah bergelar seorang suami atau isteri.MAsa tu,entah ke mana tanggungjawab kita terhadap mereka.Semakin hari,juadah anak derhaka jelas terpampang di sana sini.Tiada langsung terlintas untuk diambil pengajaran dari kisah-kisah yang menyeramkan itu.

Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Gerun hati ini bila mengenangkan balasan ALLAH untuk hambaNYA yang ingkar kepada kedua ibu bapanya.Besarnya pengorbanan si ibu tadi,sedikit pun tidak di ambil cakna.Mungkinkah ini tanda-tanda akan berakhirnya kehidupan di dunia ini YA ALLAH???
Bukan sekadar itu sahaja,meninggikan suara mahupun sepatah kata juga ditegah oleh ALLAH.Di mana rasa hormat yang sering diwarwarkan di sekolah,ceramah-ceramah agama,atau bahan bacaan yang kita baca???? Mungkin hanya sekadar masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Ataupun sekadar memenuhi tanggungjawab dan majlis???Tepuk dada,tanyalah iman ANda.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘ah’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra, ayat 23).

Dedikasi seorang anak bukan hanya ketika mereka masih hidup.Malah selepas mereka meninggalkan dunia yang fana' ini kita masih lagi diberi tanggungjawab untuk menjaga kasih sayang mereka.

Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: “Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang soleh yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak soleh adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Buat akhirnya,saya tinggalkan sahabat-sahabat semua dengan kata-kata yang di
petik dari seorang insan hebat.
Hulurkan salam buat IBU semasa IBU mampu menyambutnya,
Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama,
Tenunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,
Bercakaplah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,
Berilah ucapan sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh faham,
Ingat dan kenanglah jasa IBU semasa IBU masih ada,
Sesungguhnya pengorbanan IBU tak mungkin dapat dibalas.

Jasa ibu tiada taranya wahai sahabat.Diri ini bukanlah yang selayaknya untuk menulis semua ini.Namun aku yakin,saling menasihati di antara kita bakal mencorakkan satu natijah yang besar.Itulah zaman kembalinya kegemilangan ISLAM,selepas kejatuhan Khilafah 1924.INSYAALLAH.Semoga daku dan kalian semua merupakan anak soleh dan solehah yang dijanjikan ALLAH syurga kelak.AMIN....WALLAHUA'LAM...


ALANG SAYANG MAMA!!!!

Wednesday, June 2, 2010

#KeMbAliKaN KuNtUmAn iTu#








Di bumi perjuangan ini,

Air mata darah mengalir lagi,
Menyaksikan manusia bermandikan darah,
Menuntut bela jiwa-jiwa yang tidak berdosa,
Direntap nyawanya tanpa belas,
Di sini jua,
Bersama kita perjuangkan,
Nilai sebuah keamanan,
Keamanan yang menyaksikan kesakitan,
Memeluk tubuh menahan ketakutan,
Kesadisan yang tiada sempadan,
Menampakkan riak-riak kezaliman,
Yang menindas pejuang kebenaran,
Tidak sesekali ku biarkan,
Air mata darah itu terus mengalir,
Kerana kau dan aku adalah satu,
Satu fikrah yang suci,
Dalam memperjuangkan tanah kedamaian itu,
Bersama kita berpimpinan tangan,
Menuntut bela air mata darah itu,
Mengembalikan keamanan sebuah kedaulatan.....


“ Mereka yang beriman dan tidak mencampuri iman mereka dengan kezaliman.” (Surah Al-An’am : 82)


BOSANNYAAAAA!!!!! Berat rasanya kepalaku ini setelah beberapa lama mengulang kaji pelajaran.Lalu aku menutup buku di sebelahku.Tika ini,insan lain leka dibuai mimpi indah.Namun mataku terlalu sukar untuk dilelapkan.Mungkin terkenangkan mesej yang dihantar oleh mama dari Malaysia siang tadi,bahawa bapa saudaraku telah kembali ke RAHMATULLAH akibat kecelakaan jalan raya."INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN"bisikku dalam hati.Terlalu cepat dikau pergi di saat aku terlalu merindui keluarga dan sanak saudaraku.Mungkin ini dugaan yang harus aku terima dalam fatrah imtihan.Aku tahu,ALLAH tidah akan menguji,seandainya aku tidak kuat untuk mehadapinya.Kadangkala jiwaku memberontak untuk segera pulang ke tanah air,sehinggakan aku mengambil masa yang begitu lama memikirkannya.Ulang kaji pelajaran entah ke mana.Namun aku yakin,Allah tidak akan mensia-siakan makhlukNYA kerana DIA lah yang Maha Mengetahui aturan hidup hambaNYA....(AL_FATIHAH buat Pak Cik..semoga rohmu bersama orang yang beriman (T.T)...)
Sejenak daku termangu lagi.Entah apa pulak yang aku fikirkan.Jam menunjukkan 2:00 pg.Terlintas di fikiranku tentang status dan artikel yang dikirim oleh sahabat-sahabatku di Facebook.Kezaliman Israel LAKNATULLAH semakin menjadi-jadi.Seandainya aku kuat,ingin saja rasanya aku seiring mempertahankan saudara-saudaraku di GAZA.Tapi apakan daya,aku terlalu kerdil untuk pergi berjuang.Namun sisipan doa dan perasaan ingin membantu tak pernah padam dalam diriku.Memboikot barangan ISRAEL adalah di antara cara aku menunjukkan kebencianku terhadap kezaliman mereka.Aku cuba sedaya yang mampu.
Menyoroti sejarah air mata darah negara-negara Islam yang pernah diperangi dan masih diperangi,hati ini begitu sayu,hiba,dan sedih mengenangkan nasib mereka..sedangkan aku masih berpeluang hidup dalam keadaan serba mewah.ALHAMDULILLAH...Murah rezeki yang KAU berikan padaku YA ALLAH.Setiap hari,dada-dada akhbar dibentangkan dengan berita dan gambar-gambar saudara kita di Palestin.Menitis lagi air mata ini.Hendak dikongsi dengan kawan-kawan,takut pula nanti aku dikatakan tunjuk baik.ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..sejauh itu hatiku berprasangka buruk.Tiada yang mampu aku tunjukkan kasihku kepada saudaraku di sana ,melainkan solat malam yang sentiasa aku cuba lakukan demi memohon pertolongan dan keampunan dari ALLAH.Terima kasih juga buat teman-temanku yang sentiasa mengejutkan aku untuk bangun malam.(sayang antunna semua)
Kusut pula rasanya bila difikirkan sikap musuh Islam yang sentiasa tamakkan keagungan.Di sana sini kerosakan dilakukan.Tapi aku yakin janji ALLAH pasti berlaku.ISLAM akan tetap bersinar suatu masa nanti,dan kegemilangannya jelas terpancar tika itu.Mengimbas keadaan di tanah airku sendiri,tersayat hati ini melihat remaja kini sudah mula menerima segala bentuk kehancuran tanpa mereka sedari.Penyalahgunaan media elektronik,bahan cetak,dan muzik-muzik barat apatah lagi.ALHAMDULILLAH aku dilahirkan dalam suasana yang pentingkan agama,dan aku sentiasa berdoa agar orang lain juga diberi peluang merasai kemanisan hidayah kurniaan ALLAH.
Suka di sini daku sarankan kepada sahabat-sahabat seaqidahku sekalian,agar kita sama-sama menyedari dan merasakan diri kita adalah selaku yang bertanggungjawab seandainya ISLAM itu sudah diabaikan.Kitalah orang pertama yang akan sensitif tatkala nama ISLAM diperlekehkan,dan kita jugalah di antara orang yang merindui SYAHID FI SABILILLAH di saat orang lain memerlukan tentera-tentera untuk menyelamatkan ISLAM.Mungkin diri ini hanya mampu menyuarakan tanpa mampu melakukan.Setidaknya kalian akan lebih merindui perjuangan itu lantaran membaca apa yang aku coretkan.Benarlah ayat ALLAH yang bermaksud:

"Berpesan-pesanlah dengan kebenaran,dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran".
(suratul asr)


Sesungguhnya kata-kata yang benar itu harus ditelan jua,biarpun ianya begitu pahit.Pernah suatu ketika,kenalanku menyuarakan ketidak puasannya kepada orang yang belajar agama."Mereka ini kolot dan terlalu singkat fikiran."rungutnya.Kalau ikutkan hati,mahu saja mulutnya dibuat lempeng.Siapa yang tak panas dengar diri diperlekeh-lekehkan.Atas sokongan sahabat,satu persatu aku terangkan padanya.ALHAMDULILLAH dia boleh menerima,namun reaksi jeleknya masih dapat ku baca.Aku tak mengambil serius reaksinya itu kerana aku tahu,satu hari nanti dia akan faham jua.Apa yang penting aku mesti sentiasa menunjukkan sikap profesional di samping menarik minatnya mendalami ISLAM.Jauh di sudut hatiku kadang-kadang putus asa juga.Namun ku gagahi jua,kerana aku sedar bahawa perjuangan itu bukan sekadar mengangkat senjata,tapi dakwah jua adalah satu perjuangan.Mungkin aku terlalu lemah untuk mengangkat senjata,dari aspek yang lain...aku boleh menggunakan penulisan dan buah fikiranku untuk orang lain cintakan ISLAM..INSYAALLAH...
Buat akhirnya,ingin daku tinggalkan nukilanku ini dengan sama-sama kita memikirkan keadaan saudara seaqidah dan sefikrah dengan kita di sana yang berhempas-pulas memerangi musuh ISLAM.Biarpun hujan dan air mata darah membasahi bumi itu,nun di sana balasan SYURGA manis buat mereka.Semoga harapan SYAHID FI SABILILLAH sentiasa mengisi ruangan hati kita untuk kita sama merasai bahagianya hidup dalam ISLAM.Biarpun kita derita dalam mengharungi liku-liku memperjuangkan agama suci ini,ingatlah.......KESENANGAN selepas KEPERITAN itu lebih indah berbanding MANIS pada awalnya,namun TERSUNGKUR pada akhirnya...NAUZUBILLAH..Ku harapkan kuntuman keamanan akan kembali bersama pemerintahan berlandaskan ISLAM suatu hari nanti..INSYAALLAH...ISTAJIBILLAH HUMMA DUA'ANA ...YA ALLAH...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...