Dibalik tirai wajahnya
Jendela kealpaan sutera kelembutan
Hiasan dunia yang menjadi perhitungan
Antara yang beriman dan kufur padaNYA
Wanita…
Dia diciptakan Allah dari tulang rusuk
Manusia bernama adam a.s
Hawa menjadi penghibur kala kesunyian tiada berteman
Hakikat kejadian….
c/o : Andai tiada hawa sepi lah alam buana
Permaisuri mukmin yang mendamba kesolehannya
Benarlah sabda rasul junjungan
Sebaik perhiasan wanita solehah
Ingatlah sabda assaidul mursalin
Dikahwini wanita kerna 4 perkara
Kerna kecantikan dan kebangsawanan
Kerna kekayaan dan jua agama
Namun yang terbaik dan lebih utama
Nikahilah ia lantaran agama…
c/o…
Dibalik tirai wajahnya
Jendela kealpaan sutera kelembutan
Hiasan dunia yang menjadi perhitungan
Antara yang beriman dan kufur padaNYA… Wanita
Tika insan lain tenang dibuai mimpi indah,masih ada yang bermujahadah merebut cinta ALLAH.Insan yang gah diperkatakan lantaran ketaatannya.Pelengkap tulang rusuk insan bernama ADAM,dialah HAWA.Terlalu mudah untuk dirimu meraih syurga ALLAH,namun ramai di antaramu yang menempah nerakaNYA.NAUZUBILLAH...
Tatkala hati ini berdetik syahdu untuk berkongsi fikrah yang kadangkala menjadikan aku berfikir tentang kaumku sendiri,lantas jari2 ini berlari sayu umpama pena melahirkan tintanya di atas lembaran pemikiran,menari2 mencoretkan mutiara kehambaan.
Di waktu sendirian,jiwaku memberontak inginkan ketenangan.Fitrah insani inginkan hiburan...lalu jariku menekan punat MP3 yang tidak jauh dari tubuhku.Bergemalah bait-bait nasyid yang menjadikan aku ingin menghayati rima senikatanya.SUBHANALLAH...terlalu indah untuk aku lakarkan..
Dirimu dijadikan ALLAH terlalu tinggi nilainya,sehinggakan engkau mampu menundukkan kezaliman seorang lelaki berikutan kisah ASIAH dan FIRAUN,antara SITI ZULAIKHA dan YUSUF A.S.,BALQIS dan SULAIMAN A.S...
Diri ini bukanlah insan yang terbaik untuk aku ungkapkan.Setidaknya dengan ilmu yang aku miliku,tidak salah untuk kita kongsi bersama.Sedih sekali jika dilihat pada hari ini.Sifat malu yang menjadi benteng dirimu,dengan mudah kau runtuhkan.Pandangan yang menjadi panahan iblis laknatullah sudah tidak dihiraukan lagi,,
syair Muhammad Ibnu Abdullah Al-Baghdadi:
“Bila cahaya wajah berkurang,
maka berkurang pula rasa malunya
Tidak ada keindahan pada wajah,
Bila cahayanya berkurang
Rasa malumu peliharalah selalu,
Sesungguhnya sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang,
Adalah rasa malunya.”
Jika dilihat atas dasar individu,sejujurnya ku akui wanita mengharapkan perhatian dari insan bernama lelaki.Namun kadangkala fitrah ini bertukar menjadi fitnah lantaran ketaksuban kita meraih kasih sayang dunia sehinggakan ada yang tersasar dari landasan sebenar.Sedarlah wahai sahabat..begitu tinggi kita dimuliakan,namun mengapa dengan mudah di atas tangan kita sendiri maruah itu kita rendahkan.
Suka di sini untuk aku ingatkan,kita dijadikan ALLAH terlalu sempurna sebagai penyeri dunia,seindah perhiasan,pelengkap rusuk insan bernama ADAM,menjadi sebutan di sana sini,menjadi perhiasan kecantikan insani,dengan hati serapuh kaca untuk kau alirkan air mata keinsafan,kelembutan tutur bicaramu untuk mencairkan kezaliman,lemah lembut gayamu untuk mengembalikan yang tersasar,dan kecantikanmu untuk kau hiaskan pada yang hak.Malangnya,kau terlalu zalim meletakkan keindahanmu itu.Tidakkah pernah untuk kau fikirkan bahawa ALLAH telah berfirman bahawa perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Tiada selautan keinsafan yang ku harapkan.Setidaknya hadirkanlah sekelumit kesedaran dalam kelembutan hatimu untuk kau katakan pada dirimu bahawa AKU ADALAH WANITA YANG MENGGENGGAM SYURGA ALLAH di akhir kehidupanku..
~sekadar mutiara untuk aku dan kalian bermuhasabah.Sesungguhnya ALLAH jualah penentu yangg terbaik buat kita semua..
coretan ikhlas,
0253a.m
alexandria,egypt
by:tinta nuwairah