Di bumi perjuangan ini,
Air mata darah mengalir lagi,
Menyaksikan manusia bermandikan darah,
Menuntut bela jiwa-jiwa yang tidak berdosa,
Direntap nyawanya tanpa belas,
Di sini jua,
Bersama kita perjuangkan,
Nilai sebuah keamanan,
Keamanan yang menyaksikan kesakitan,
Memeluk tubuh menahan ketakutan,
Kesadisan yang tiada sempadan,
Menampakkan riak-riak kezaliman,
Yang menindas pejuang kebenaran,
Tidak sesekali ku biarkan,
Air mata darah itu terus mengalir,
Kerana kau dan aku adalah satu,
Satu fikrah yang suci,
Dalam memperjuangkan tanah kedamaian itu,
Bersama kita berpimpinan tangan,
Menuntut bela air mata darah itu,
Mengembalikan keamanan sebuah kedaulatan.....
“ Mereka yang beriman dan tidak mencampuri iman mereka dengan kezaliman.” (Surah Al-An’am : 82)
BOSANNYAAAAA!!!!! Berat rasanya kepalaku ini setelah beberapa lama mengulang kaji pelajaran.Lalu aku menutup buku di sebelahku.Tika ini,insan lain leka dibuai mimpi indah.Namun mataku terlalu sukar untuk dilelapkan.Mungkin terkenangkan mesej yang dihantar oleh mama dari Malaysia siang tadi,bahawa bapa saudaraku telah kembali ke RAHMATULLAH akibat kecelakaan jalan raya."INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN"bisikku dalam hati.Terlalu cepat dikau pergi di saat aku terlalu merindui keluarga dan sanak saudaraku.Mungkin ini dugaan yang harus aku terima dalam fatrah imtihan.Aku tahu,ALLAH tidah akan menguji,seandainya aku tidak kuat untuk mehadapinya.Kadangkala jiwaku memberontak untuk segera pulang ke tanah air,sehinggakan aku mengambil masa yang begitu lama memikirkannya.Ulang kaji pelajaran entah ke mana.Namun aku yakin,Allah tidak akan mensia-siakan makhlukNYA kerana DIA lah yang Maha Mengetahui aturan hidup hambaNYA....(AL_FATIHAH buat Pak Cik..semoga rohmu bersama orang yang beriman (T.T)...)
Sejenak daku termangu lagi.Entah apa pulak yang aku fikirkan.Jam menunjukkan 2:00 pg.Terlintas di fikiranku tentang status dan artikel yang dikirim oleh sahabat-sahabatku diFacebook .Kezaliman Israel LAKNATULLAH semakin menjadi-jadi.Seandainya aku kuat,ingin saja rasanya aku seiring mempertahankan saudara-saudaraku di GAZA.Tapi apakan daya,aku terlalu kerdil untuk pergi berjuang.Namun sisipan doa dan perasaan ingin membantu tak pernah padam dalam diriku.Memboikot barangan ISRAEL adalah di antara cara aku menunjukkan kebencianku terhadap kezaliman mereka.Aku cuba sedaya yang mampu.
Menyoroti sejarah air mata darah negara-negara Islam yang pernah diperangi dan masih diperangi,hati ini begitu sayu,hiba,dan sedih mengenangkan nasib mereka..sedangkan aku masih berpeluang hidup dalam keadaan serba mewah.ALHAMDULILLAH...Murah rezeki yang KAU berikan padaku YA ALLAH.Setiap hari,dada-dada akhbar dibentangkan dengan berita dan gambar-gambar saudara kita di Palestin.Menitis lagi air mata ini.Hendak dikongsi dengan kawan-kawan,takut pula nanti aku dikatakan tunjuk baik.ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM..sejauh itu hatiku berprasangka buruk.Tiada yang mampu aku tunjukkan kasihku kepada saudaraku di sana ,melainkan solat malam yang sentiasa aku cuba lakukan demi memohon pertolongan dan keampunan dari ALLAH.Terima kasih juga buat teman-temanku yang sentiasa mengejutkan aku untuk bangun malam.(sayang antunna semua)
Kusut pula rasanya bila difikirkan sikap musuh Islam yang sentiasa tamakkan keagungan.Di sana sini kerosakan dilakukan.Tapi aku yakin janji ALLAH pasti berlaku.ISLAM akan tetap bersinar suatu masa nanti,dan kegemilangannya jelas terpancar tika itu.Mengimbas keadaan di tanah airku sendiri,tersayat hati ini melihat remaja kini sudah mula menerima segala bentuk kehancuran tanpa mereka sedari.Penyalahgunaan media elektronik,bahan cetak,dan muzik-muzik barat apatah lagi.ALHAMDULILLAH aku dilahirkan dalam suasana yang pentingkan agama,dan aku sentiasa berdoa agar orang lain juga diberi peluang merasai kemanisan hidayah kurniaan ALLAH.
Suka di sini daku sarankan kepada sahabat-sahabat seaqidahku sekalian,agar kita sama-sama menyedari dan merasakan diri kita adalah selaku yang bertanggungjawab seandainya ISLAM itu sudah diabaikan.Kitalah orang pertama yang akan sensitif tatkala nama ISLAM diperlekehkan,dan kita jugalah di antara orang yang merindui SYAHID FI SABILILLAH di saat orang lain memerlukan tentera-tentera untuk menyelamatkan ISLAM.Mungkin diri ini hanya mampu menyuarakan tanpa mampu melakukan.Setidaknya kalian akan lebih merindui perjuangan itu lantaran membaca apa yang aku coretkan.Benarlah ayat ALLAH yang bermaksud:
"Berpesan-pesanlah dengan kebenaran,dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran".
(suratul asr)
Sesungguhnya kata-kata yang benar itu harus ditelan jua,biarpun ianya begitu pahit.Pernah suatu ketika,kenalanku menyuarakan ketidak puasannya kepada orang yang belajar agama."Mereka ini kolot dan terlalu singkat fikiran."rungutnya.Kalau ikutkan hati,mahu saja mulutnya dibuat lempeng.Siapa yang tak panas dengar diri diperlekeh-lekehkan.Atas sokongan sahabat,satu persatu aku terangkan padanya.ALHAMDULILLAH dia boleh menerima,namun reaksi jeleknya masih dapat ku baca.Aku tak mengambil serius reaksinya itu kerana aku tahu,satu hari nanti dia akan faham jua.Apa yang penting aku mesti sentiasa menunjukkan sikap profesional di samping menarik minatnya mendalami ISLAM.Jauh di sudut hatiku kadang-kadang putus asa juga.Namun ku gagahi jua,kerana aku sedar bahawa perjuangan itu bukan sekadar mengangkat senjata,tapi dakwah jua adalah satu perjuangan.Mungkin aku terlalu lemah untuk mengangkat senjata,dari aspek yang lain...aku boleh menggunakan penulisan dan buah fikiranku untuk orang lain cintakan ISLAM..INSYAALLAH...
Buat akhirnya,ingin daku tinggalkan nukilanku ini dengan sama-sama kita memikirkan keadaan saudara seaqidah dan sefikrah dengan kita di sana yang berhempas-pulas memerangi musuh ISLAM.Biarpun hujan dan air mata darah membasahi bumi itu,nun di sana balasan SYURGA manis buat mereka.Semoga harapan SYAHID FI SABILILLAH sentiasa mengisi ruangan hati kita untuk kita sama merasai bahagianya hidup dalam ISLAM.Biarpun kita derita dalam mengharungi liku-liku memperjuangkan agama suci ini,ingatlah.......KESENANGAN selepas KEPERITAN itu lebih indah berbanding MANIS pada awalnya,namun TERSUNGKUR pada akhirnya...NAUZUBILLAH..Ku harapkan kuntuman keamanan akan kembali bersama pemerintahan berlandaskan ISLAM suatu hari nanti..INSYAALLAH...ISTAJIBILLAH HUMMA DUA'ANA ...YA ALLAH...
Sejenak daku termangu lagi.Entah apa pulak yang aku fikirkan.Jam menunjukkan 2:00 pg.Terlintas di fikiranku tentang status dan artikel yang dikirim oleh sahabat-sahabatku di

0 comments:
Post a Comment