Friday, August 26, 2011

#AKU MAHU..TAPI...#


Sabda Nabi: huffat al jannah bil makarih, wa huffat an nar bissyahawat.(jalan ke syurga itu penuh dengan kesusahan, jalan ke neraka itu penuh dengan syahwat.) aku tahu hidup dunia cuma sementara tapi seolah-olah kuhidup untuk selamanya aku tahu segala amalan bakal dihisab, tapi masih kulupakan alam akhirat aku tahu rakib atid setia di sisi mencatat amalan tapi maksiat masih berterusan aku tahu solat itu penting tapi selalu memandangnya enteng aku tahu solat itu tiang agama, tapi sering saja aku lewatkannya aku tahu ajalku tiba bila-bila masa sahaja, tapi solat masih tak dijaga aku tahu berat amanahku sebagai hamalatul quran, tapi masih liat nak mengulang aku tahu aurat itu aib diri, tapi masih x pandai menjaga diri aku tahu cinta itu fitrah, tapi aku jadikannya fitnah aku tahu apa itu dosa apa itu pahala, tapi aku seolah x endahkannya aku tahu Allah sentiasa memerhati tapi sering kulakukan maksiat secara sembunyi aku tahu ujian Allah pasti ada hikmahnya, tapi aku sering berputus asa aku tahu aku ini hamba-Nya tapi masih hanyut dengan dunia aku tahu azab-Nya api neraka, tapi masih kulakukan maksiat pada-Nya aku tahu betapa nikmat kehidupan di syurga tapi x berusaha untuk medapatkannya ... ... ... ... ... ... ... Ya Allah, banyaknya benda yang telah aku tahu, tapi buat seolah- olah tidak tahu.. sedangkan Nabi berkata: tidak berguna ilmu seseorang itu sehingga dia mengamalkan ilmu tersebut. kenapa aku jadi begini. aku tahu AKU INI MUSAFIR SAHAJA DI DUNIA DAN DESTINASI TERAKHIR IALAH AKHIRAT. tapi aku seolah- olah menjadi hamba dunia. sama2 kita renungi dalam diri kita: 'kenapa dalam hal dunia kita pasti nakkan yang terbaik, tapi bab akhirat selalu saja kita mencari alasan utk menjadi yg terbaik'... Hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan untuk kita renungi bersama: 'Kalau pointer, pasti semua berusaha sehabis daya untuk mengejar pointer 3.5 and above, semua pasti mahukan yang terbaik. Tapi dalam bab agama, kenapa kita tidak berusaha untuk menjadi yang terbaik juga??'... Diri saya sendiri, terlalu susah untuk istiqamah dengan amalan tertentu, solat di awal waktu, menjaga mulut daripada dosa dan banyak lagi... Apabila ditanya, pasti kita mejawab KESUNTUKAN MASA, BADAN PENAT, X NAK JADI HIPOKRIT dan macam2 lagi alasan yang dijawab oleh nafsu... TAPI,kenapa kita mesti mencari alasan utk sesuatu yg berkaitan dengan akhirat, tapi bukan untuk dunia. Kalau untuk dunia, pasti ada kata-kata motivasi yang membisikkan di telinga: there's a will, there's a way... Alangkah hebatnya sahabat2 nabi dahulu dan Rasulullah sendiri. Pernah Rasulullah berkata kepada Bilal bin Rabah: Rehatkanlah kami dengan solat. Di sini, saya ingin berkongsi 1 artikel yang pernah terbaca dalam mastika keluaran lama, seorang wartawan membuat liputan tentang kehidupan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan. Pada hari itu, beliau menghadiri majlis tahnik bayi. kerna bilangan bayi yang ramai, TG terasa letih berdiri lantaran usianya yang sudah lanjut. Jadi, beliau memohon ruang untuk berehat sekejap. apa yang dimaksudkan rehat itu? TG mengambil wudhu' dan mengerjakan solat sunat. Itulah rehat yang dimaksudkan oleh TG. Masya Allah, hebatnya keperibadian seorang ulama'. Kalau kita sendiri, mesti rehat yang kita maksudkan ialah dengan cara relax dan baring di atas katil, bawah kipas, tapi tidak bagi seseorang yang benar- benar meletakkan cintanya pada ALLAH.. Allahummaghfirli... banyaknya benda yang aku tahu, tapi masih mahu melakukan maksiat pada-Mu. ampuni aku, pimpinlah aku ke jalan yang benar. Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgaMU, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMU ampunkan dosaku terimalah taubatku sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.. Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung. Jika bukan kita siapa lagi? jika bukan sekarang bila lagi? Jika bukan di dunia, di mana lagi?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...