Thursday, August 18, 2011
# BELAJAR DARI DUA UMAR #
UMAR bin Abdul Aziz membersihkan kedua-dua tangannya. Dia berdiri di
depan makam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah sebelumnya. Berdasarkan
wasiat almarhum, Umar bin Abdul Aziz memegang takhta khalifah. Baru
sahaja Umar bangkit berdiri,tiba-tiba dia mendengar suara riuh.
"Ada apa?" tanya khalifah ke-8 Bani Umaiyyah itu kehairanan.
"Ini adalah kenderaan tuan, wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang
sambil menunjukkan sebuah kenderaan mewah yang khusus disediakan
untuk khalifah.
Dengan suara gementar dan tersekat-sekat kerana keletihan dan kurang
tidur, Umar berkata,''Apa hubungannya dengan ku? Jauhkan kenderaan ini.
Semoga Allah memberkati kalian." Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai
yang menjadi tunggangannya selama ini.
Baru sahaja dia duduk di belakang haiwan itu, serombongan pengawal
datang berbaris di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam
tombak tajam. Mereka sedia menjaga khalifah daripada bahaya. Melihat
kehadiran pasukan itu, Umar menoleh hairan dan berkata,"Aku tidak
memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum
muslimin. Aku berjalan pagi dan petang sama seperti rakyat biasa."
Selanjutnya, Umar berjalan bersama orang ramai menuju ke masjid. Dari
segala penjuru orang ramai kedatangan. Ketika mereka sudah berkumpul,
Umar bin Abdul Aziz berdiri. Setelah memuji Allah dan berselawat ke atas
Nabi dan para sahabatnya, dia berpidato,"Wahai manusia, sesungguhnya aku
mendapat cubaan dengan urusan ini (khalifah), di mana aku tanpa diminta
persetujuan terlebih dahulu, memintanya ataupun bermusyawwarah terlebih
dahulu dengan kaum muslimin. Sesungguhnya, aku telah melepaskan bai'at
yang ada di bahu kamu untuk ku. Untuk selanjutnya silakan pilih daripada
kalangan kalian sendiri seorang khalifah yang kami redhai."
Mendengar ucapannya itu, orang ramai pun berkata dengan satu suara,"Kami
telah memilih tuan, wahai Amirul Mukminin. Kami redha terhadap tuan.
Aturlah urusan kami dengan kurnia dan berkat Allah."
Banyak perkara yang dapat kita teladani dairpada sikap hidup Umar bin
Abdul Aziz. Selain sikap zuhud dan bersederhana, kita juga belajar warak
(menjauhi syubhat). Misalnya, kisah tentang memadamkan lampu ketika
kedatangan anaknya, diabadikan dalam sejarah. Dia tidak mahu
menggunakan kemudahan negara untuk keperluan peribadi ataupun
keluarga.
Kita bandingkan dengan sikap pemimpin hari ini. Sulit membezakan mana
harta peribadi dan mana harta rakyat. Berapa banyak kakitangan yang tetap
menggunakan kemudahan kerajaan ketika berkempen untuk kepentingan
sendiri. Begitu juga setelah mereka mereka berkuasa. Bahkan, mereka yang
selama ini dikenali dekat dengan rakyat menjadi jauh. Akibatnya, mereka
sendiri merasa tidak selamat. Ke manapun pergi selalu dikawal ketat oleh
para pengawal.
Kenyataan ini sangat bertolak ke belakang jika kita tengok jauh lagi ke
belakang. Pada akhir abad ke-17 Hijrah, misalnya. Ketika itu kaum muslimin
sedang menikmati kemenangan pasukan mereka di Iraq dan Syam. Namun di
tengah kegembiraan itu, mereka dikejutkan oleh datangnya musim kemarau
yang berpanjangan. Selama sembilan bulan hujan tidak turun. Bumi gersang
dan penuh gebu. Haiwan dan tanaman seakan enggan hidup.
Keadaan Madinah tidak terlalu buruk. Di bawah pemerintahan Umar bin
Khattab, khalifah kedua setelah Rasulullah SAW wafat, penduduk Madinah
dibiasakan menyimpan makanan. Akibatnya, masyarakat dari berbagai-bagai
daerah datang berbondong-bondong, berhijrah ke kota Nabi itu. Selama
beberapa saat sahaja Madinah boleh bertahan. Tapi lama-kelamaan
penduduknya semakin tertekan. Mereka mulai kekurangan bahan makanan.
Lalu apa yang dilakukan Umar bin Khattab pada ketika itu?
Ketika kelaparan memuncak, Umar pernah dihidangkan roti yang dicampur
minyak zaitun. Umar memanggil seorang Badwi dan mengajaknya makan
bersama. Umar tidak menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum Badwi itu
melakukannya terlebih dahulu. Orang Badwi itu benar-benar menikmati
makanan itu.“Agaknya, kamu tidak pernah menikmati lemak?’’ tanya Umar.
“Benar’’ kata Badwi itu.“Aku tidak pernah makan dengan minyak zaitun. Aku
juga sudah lama tidak menyaksikan orang lain memakannya sehingga
sekarang,’’tambahnya.
Mendengar kata-kata nya, Umar bersumpah tidak akan memakan lemak
sampai semua rakyatnya kembali hidup seperti biasa. Ucapannya benarbenar
dibuktikan. Kata-katanya diabadikan sehingga kini,“Kalau rakyatku
kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau
rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir menikmatinya,’’ujar
Umar.
Padahal ketika itu Umar boleh sahaja menggunakan segala kemudahan
negara. Kekayaan Iraq dan Syam sudah berada di tangan kaum muslimin.
Tapi tidak, Umar lebih memilih makan bersama-sama rakyatnya. Kita
mendapat pengajaran berharga oleh kedua-dua Umar. Dengan meneladani
kehidupan kedua-dua khalifah itu, para pemimpin akan merasakan
penderitaan rakyat. Perasaan inilah akan melipatgandakan perjuangannya.
Bagaimana mungkin sorang pemimpin akan dapat berjuang kalau dia sendiri
tidak merasakan apa yang dirasakan rakyatnya. Sikap zuhud dan kedekatan
dengan rakyat akan melahirkan kecintaan.Bayangkan dengan diri Rasulullah
SAW. Bagaimana mungkin rakyat tidak dekatnya kalau menjelang ajal pun
baginda masih menyebut-nyebut,“Ummati, ummati, ummati (umatku,
umatku, umatku!)’’ Kepedulian Rasulullah SAW kepada umatnya hampir tidak
terbatas.
Kecintaan inilah akan menciptakan rasa selamat. Kedekatan dengan rakyat
berbanding lurus dengan tingkat keselesaan seorang pemimpin. Semakin
dekat dirinya dengan rakyat, semakin tinggi juga rasa selamat kpd dirinya.
Inilah yang menjelaskan mengapa kedua-dua Umar – sama ada Umar bin
Abdul Aziz mahupun Umar bin Khattab – tidak pernah mahu dikawal. Mereka
tidak memerlukan pengawal kerana merasa diri mereka selamat. Merka
terbiasa berkeliling di tengah gelapnya malam. Mereka juga biasa berbaring
di tempat umum. Tidak ada rasa takut dan khuatir dalam diri mereka.
Penyebabnya: Mereka berlaku adil, bersih, dekat dengan rakyat, maka rakyat
pun mencintai mereka.
...seorang hamba ALLAH...tanpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment