Wahai bakal teman hidupku...
Inginku berpesan agar kau tidak lupa dan lalai
akan amalan harian mu, jangan kau seronok dengan dunia...
Aku sebagai lelaki yang punya nafsu dan akal, terdetik meluahkan apa yang terpendam..
Aku ingin meng"highlight"kan dasar-dasar pemakaian dan penampilan mu wahai hawa.. kerana apa?? kerana aku merasa kau sudah jauh meninggalkan tuntutan agama mu.. Pakaian mu bukan pakaian yang berlandaskan Islam, kau mendedahkan apa yang tidak perlu didedahkan, kau menyentengkan apa yang tak perlu kau sentengkan..
kau kecilkan baju yang tak patut kau ubahnya.. kenapa?? Dengarlah suara hatiku ini..
Sebagai lelaki pendamba wanita mulia..
Aku berharap kau mengubah apa yang tidak baik kepada baik, bersyariatlah hidup mu.. penampilan mu.. pemakaian mu.. mencerminkan identiti diri mu wahai wanita.. antara wanita baik dan tidak baik.. Sosok badan mu
jangan kau pamerkan sesuka hati mu, kerana aku sebagai lelaki punya nafsu, inginku tunduk memandang, tetapi kadang kala aku terpandang jua.. salahkah aku?? kau juga patut dipersalahkan..
Astaghfirullahhal'azim..
Firman Allah s.w.t :
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...."
[Surah al-Nur : 31]
Bakal zaujahku...
Jagalah adab dan aurat mu dalam semua keadaan.. terutama bila kau bergaul dengan bangsa ku sendiri.. jagalah batasan mu.. jangan kau runtuhkan iman kami dan jangan kau musnahkan nilai kewanitaan mu yang kami
pandang tinggi.. yang kami ingini.. kau bakal zaujah ku..
Bakal teman syurgaku...
Jangan mudah kau menutur kata-kata godaan mu, rayuan mu.. pada kami, kaum adam, kami kalah dengan nada lenggokan suara mu.. kami mudah terangsang...tolong... Jagalah rambut mu jua.. aku tidak rela melihat rambut mu
digantung kelak oleh kerana kau tidak menjaga rambut mu walau seutas.. aurat tetap aurat.. Jangan kau perhebatkan diri mu dengan mempamerkan setiap urat kilauan rambut mu kerana tanpa kau sedar, kau telah menempah seksaan pedih di sana kelak.. aku tidak melihatnya.. aku sayang kamu wahai wanita..
Bakal mawarku..
Bergaullah dengan kami bila berkeperluan, jangan kau penuhi kehendak kami jika ia bertentangan dengan syariat Islam dan hukum hakam yang digariskan Ad-din kita... Gauli kami jika berbataskan keperluan dan janganlah berlebih-lebihan..
Aku nyatakan ini kerana aku sayang para muslimah.. bangsa hawa.. bakal peneman hidup ku.. bakal ibu solehah kepada anak-anak ku.. kami (lelaki) pandang mulia, kami menyayangi mu.. kami mendoakan kebahagiaan mu..
kami inginkan mu menjadi zaujah kami..
Aku tidak rela melihat kaum mu memakan badan mu sendiri oleh kerana kau suka bersolek untuk dilihat lelaki lain yang bukan mahram mu...dan suka membicarakan keaiban orang.. jangan kau pertontonkan ia pada kami.. simpanlah dahulu, kami sanggup menunggunya kelak... (setelah berkahwin).
Bila ku memikirkan hidup mu wahai wanita, aku mula menangis.. bisakah aku membantu mu jika kau tidak
membantu diri mu sendiri...Kami juga punya dosa dan alpa, sama-samalah kita berubah menjadi baik seterusnya lebih baik..
wassalam..
0 comments:
Post a Comment