Sunday, November 22, 2009

#BiLa SePaSaNg MaTa MeNjADi HaDiAh#


ingatkah di kau di mana di dalam sejarah

sepasang mata menjadi hadiah
"kenapa engkau mengikutku?"
"aku tertarik dengan kecantikanmu"
jawapan yang cukup angkuh
namun mengundang 1000 sesalan
bila bungkusan merah diterima
di tangan

Muslimat ,
contohilah wanita itu
bukan dengan mencungkil matamu
tapi dengan menjaga peribadimu

Wahai muslimat ,
aku sering tertanya
bagaimana engkau masih sanggup
memaniskan muka
menghadiahkan senyuman
meramahkan bicara
kepada lelaki yg bukan muhrimmu

Apakah engkau ini berani
menguji jiwa lelaki
yg sememangnya di ciptakan Allah
dahaga kepada keindahan wanita
walaupun sekadar muka yg manis
Apatah lagi lelaki itu
yg engkau tahu cukup ego
menganggap wanita sebagai hidangan
yg boleh di belek belek dan di pilih-pilih

Benar ,
wanita itu telah menemui ajalnya
namun di iringi keredhaan Allah
dan keinsafan seorang lelaki
yg akhirnya menjadi sufi

Muslimat ,
begitulah jalanmu
begitulah perjuanganmu
tundukkanlah pandanganmu
keraskanlah suaramu
seriuskanlah ketegasanmu
bila engkau di hadapan atau di belakang
atau di kiri atau di kanan lelaki

Walau atas apa alasan sekalipun
ketuk keegoan mereka
bangunkanlah mereka dari mimpi
jelaskanlah dengan amalmu
bahawa percampuran bukan caranya
bahawa keseronokan adalah palsu
bahawa di sini tiada kebahagiaan
hanya kebanaran....

Muslimat ,
inilah jalanmu
lalu mungkin
engkau akan melihat
di kalangan remaja ini
akan lahir Rijaluddin
berjiwa pejuang
sebagaimana lahirnya
sebagaimana bangkitnya
Da'ie bernama HASSAN AL-BASRI
BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...