Sunday, November 15, 2009

#RaMa~RaMa DaN CiNtA LeLaKi#


Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya insan yg bernama wanita. Tanpamu dunia pasti diselubungi sugul dan para lelaki akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami dan penuh dengan kekejaman dan perbuatan sampai hati sesama sendiri. Wahai wanita, anda ibarat rama² yg mengindahkan alam dan menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama². Namun anda yg bernama Wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah² kebuasan lelaki. Memang keinginan untuk berteman itu adalah fitrah manusia, tetapi janganlah menjadi mangsa untuk lelaki yg kejam dan kurang berperasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama². Apabila disentuh, keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama² terlerai daripada keindahannya. Tatkala rama² sudah hilang keindahan, tiada siapa akan mepedulikan lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah pasti akan luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala anda disentuh sebagaimana sayap rama² berpindah coraknya ke jari tatkala disentuh. Apakah anda tidak berasa rugi? Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda. Lelaki tidak akan kehilangan apa² biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan² yg tidak berhak hinggap di tubuh itu. Hanya dengan sekali sentuh corak rama² sudah boleh musnah, disentuh lagi mungkin seluruh coraknya hilang dan akhirnya tidak mustahil sayap yg indah itu terus terkoyak. Jatuhlah sang rama² di atas tanah. Tiada siapa akan mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dgn itu anda dapat memelihara diri drp menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua² belah sayap anda telah tiada. Wahai wanita, kasihilah diri sendiri dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau hanya dari lelaki yg tidak tahu diri. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana². Sudah tentu untuk mencarinya agak payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda sendiri. Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yg mencemarkan maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi. Biar menjadi rama² dgn sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...