Monday, November 9, 2009
#WaNiTa DaN KeLemBuTaN#
Wanita dan kelembutan tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi wanita melayu.Allah menjadikan wanita sebaik-baik perhiasan di muka bumi. Kita sendiri sudaharif malah lebih mengetahui kelembutan wanita mampu melembutkan hati-hati kaumlelaki dan dalam masa yang sama turut membantu menggerakkan jiwa kaum adamsendiri. "There is a woman behind every succesful man." Pepatah Inggeris ini adabenarnya. Mungkin kita cukup berbangga dengan pepatah Inggeris ciptaan merekaini, sebab ia seolah-olah mengangkat martabat wanita setinggi everest. Waktu itukitalah yang mendongak bangga tapi yang sebenarnya kita lupa. Cuba kita perhatikan pula pepatah Inggeris ciptaan saya… "There is a womanbehind every failure man" Saya amat bersetuju de-ngan pepatah ciptaan saya ini,malah saya yakin pembaca semua turut bersetuju dengan saya. Manakan tidak !semut mati kerana gula ! bukan begitu? Lembutnya seorang wanita telah banyak menyumbang kepada kegemilangan sejarah dantamadun manusia dan juga kepada kejatuhan dan kegemilangan empayar gemilang. Napoleon Bona-parte misalnya pernah membatalkan keputusan untuk berperang kerana terpengaruh dengan pujuk rayu Josephine. Napoleon seorang ketua negara yang didampingi oleh Josephine yang tidak punya sebarang jawatan dan kepentingan dalam negara tetapi keputusan terletak ditangannya, akhirnya kejatuhan Napoleon tercatat disebabkan wanita. Satu trajedi pahit untuk dikenang oleh negara Perancis. Umum mengetahui, lembutnya sikap wanita melayu menjadikan wanita melayu cukup popular. Populariti ini dapat saya kesan sehingga ke Timur Tengah sendiri. Saya pernah berjumpa dengan pemuda Arab yang terlalu ingin mengahwini wanita melayu. Kerana menurutnya wanita melayu terlalu halus! Saya cuma tersenyum mendengar pujian melambung untuk wanita kita. Fikir saya, betapa tingginya peratus yang diberikan oleh pemuda Arab ini terhadap golongan seperti saya, namun sebagai wanita melayu saya meletakkan pujian itu sebagai rintik-rintik kemusnahan dalam peribadi wanita melayu sendiri, kerana kejayaan sebenarnya adalah riak-riak kemusnahan selagi ia disertai dengan kebanggaan yang berterusan. Ternyata kedudukan kita sebagaiwanita melayu adalah di situ … dicelah-celah kebanggaan yang tidak tahu akan kesu-dahannya. Satu persoalan dari seorang rakan memaksa saya menjadi pemikir tentang wanita dari aspek kelembutan. Katanya pada zaman sekarang, wanita tidak akan maju dengan berbekalkan kelembutan. Wanita kita perlukan ketegasan untuk lebih dihargai dan dipandang tinggi. Bukanlah satu perkara yang ragu-ragu untuk 'mengurung' sikap semulajadi kita untuk berdiri sama tinggi dengan lelaki. Saya tidak memberikan sebarang komen ketika dia mengulas teorinya itu, ternyatawalaupun begitu, dia masih lagi dikuasai suami walaupun mampu berjawatan tinggidalam persatuan. Bukankah Allah SWT telah mene-tapkan di dalam Al Quran : Saya sebenarnya kurang yakin dengan ketegasan yang dimaksudkan dalam teorinya itu. Adakah dengan mengikis tabii semulajadi wanita kita sudah dikira maju? Seandainya itu adalah caranya, saya menyeru kepada wanita-wanita seperti saya, bersedialah menghadapi zaman kemusnahan wanita itu sendiri. Percayalah itu habuan terbaik yang setimpal dengan usaha-usaha kita. Untuk apa kita korbankan sesuatu simbol milik kita semata-mata untuk dipandang tinggi setaraf dengan kaum lelaki? Saya bersetuju dengan pandangan rakan saya tadi bahawa wanita perlukan ketegasan, tapi ! Bukan bermaksud kita tidak akan maju tanpa kelembutan. Sejarah nabi telah membuktikan bahawa kaum wanita, walaupun lembut tetapi mampu meletakkan nama-nama seperti Siti Khadijah, Khaulah binti Azwar, Ummu Aiman dipandang tinggi malah dijanjikan Allah syurgaNya. Kita ada caranya cuma kita tak kena gaya. Kerajaan telah menggubal Dasar Wanita negara pada tahun 1989, yang mana mempunyai dua matlamat utama. Pertamanya, bagi menjamin perkongsian saksama dalam memperolehi kemu-dahan sumber, maklumat, manfaat dan pem-bangunan. Kedua, bagi menginterasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kehendak wanita bagi mempertingkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan dan menegakkan negara aman dan makmur. Nah … inilah yang wanita kita inginkan. Menjadi jentera utama negara. Saya tidak menyangkal dasar ini, sebab bagi saya kalau kena cara, syariat kita jaga, guballah dasar apapun, wanita Islam tetap terpelihara Saya kira kelembutan dan ketegasan boleh diaktifkan dalam satu masa. Dua unsur ini jika digandingkan, mampu membawa wanita ke alaf baru. Tetapi dengan syarat…mesti seiring dengan syariat agama. Kalau tidak kita sendiri menempah keaiban dan kegagalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment