Monday, November 9, 2009

#JiHaD SeOrANg WaNiTa#


Sudut-sudut jihad wanita

1. Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu. Moga sama-sama mendapat manfaat...aminnn...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

1) Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Wahai Rasulullah, kami memandang jihad adalah amalan yang terbaik. Kerana itu, apakah kami (kaum wanita) boleh berjihad?"
Sabda Baginda: "Akan tetapi bagi kamu sekalian (kaum wanita), jihad yang terbaik adalah haji yang mabrur." (HR Imam Bukhari - shahih)

2) Dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Rasulullah pernah ditanya oleh isteri-isterinya mengenai jihad, dan Baginda menjawab: "Jihad yang paling baik (bagi kamu) adalah (melakukan) ibadah haji." (HR Imam Bukhari - shahih)

3) Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Pernah ana bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah wajib ke atas kaum wanita itu jihad? Jawab Baginda: "Ya, ke atas mereka jihad tanpa ada peperangan padanya; iaitu haji dan umrah." (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah - shahih)

4) Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Perjuangan orang yang telah lanjut usia, orang yang lemah dan wanita adalah haji." (HR Imam Nasa'ie)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...