Tuesday, November 3, 2009

#RiNdU Di DaDa#


Jangan ditanya tentang rinduku

Kerana tiada siapa tahu

Melainkan aku dan Tuhanku

Tiada apa yang aku harapkan darimu

Kecuali untuk menatap wajahmu

Bagi mendamaikan resah kalbu

Oleh kerana cinta dan kasihmu

Rindu ini

Kadangkala umpama haruman mewangi

Menyelubungi perasaan hati

Mewarnai kehidupan ini

Indahnya bagaikan pelangi

Dan mesranya rasa di lubuk hati

Namun ada tikanya ia

Bagai racun berbisa

Menjalar penawarnya tiada

Walau sudah berada di hadapan mata

Atau dalam peluk lena

Ia tetap merobek jiwa

Selagi manaAda rindu di dada

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...