Friday, November 6, 2009

#PoLiGaMi PaDa PandaNgaN waNiTA#


Pandangan Wanita

Wanita yg dimaksudkan ialah wanita yg suaminya tidak mengamalkan poligami atau belum berpoligami dan juga wanita yg belum bersuami atau kematian suami atau janda yg diceraikan suaminya.

Wanita solehah serta beriman dengan iman yg hakiki pastinya akan bersetuju walaupun persetujuannya dgn syarat lelaki yg ingin berpoligami hendaklah memenuhi kehendak dan tuntutan berpoligami seperti yg dituntut oleh hukum syarak.

Tetapi persoalannya berapa ramai wanita yg seperti ini. Semua ini bergantung kepada tahap iman di dalam diri seseorang wanita.

Wanita yg bersuami dari kalangan kedua pula secara terang-terang menentang poligami. Mereka akan memberikan berbagai alasan dan sebab di sebalik penentangan tersebut. Ada kumpulan wanita yg menentang secara mutlak tanpa hujah dan alasan. Kita bimbang penentangan seperti ini boleh menyebabkan rosaknya akidah dan terkeluar dari Islam kerana menentang ketetapan Allah. Diantara alasan yg diberikan oleh mereka:

  • Lelaki kuat nafsu. Perkahwinan mereka lebih didorong oleh nafsu dan bukannya utk keadilan.
  • Lelaki yg berpoligami akan menzalimi isteri tua kerana asyik dgn isteri muda.
  • Anak-anak daripada isteri tua akan terabai.
  • Pendapatan suami tidak mampu menyara lebih drpd seorang isteri.
  • Lelaki bermata keranjang. Pantang tengok anak dara cantik atau pantang lihat janda lawa.

Pandangan Lelaki

Bagi lelaki yg bersetuju dgn poligami ini dibahagikan kpd dua kumpulan:

  1. Yakin bahawa disebalik Allah mensyariatkan poligami terdapat hikmah yg tertentu seperti membela kaum wanita yg kurang bernasib baik, mengelak diri darpd melakukan maksiat dan meramaikan umat Nabi Muhammad.
  2. Lelaki bebas berpoligami kerana itu adalah haknya yg diberikan oleh Allah. Orang perempuan tidak ada hak utk menyekat dan menghalangnya dan keizinan drpd isteri pertama tidak perlu diperolehi.

Manakala golongan lelaki yg tidak bersetuju dgn poligami ini sedikit sahaja. Lelaki seperti ini mungkin DAYUS dan takutkan isteri. Mungkin juga ia pernah melihat kehidupan orang lain berpoligami yg tidak bahagia dan harmoni lalu ia membuat keputusan membenci poligami.


..........FIKIR_FIKIRKANLAH........

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...